
Domain Murah
Antara hobi kegilaan AJ & paling digemari AJ adalah bermain SEO. Apa itu SEO? Ia singkatan kepada ‘Search Engine Optimization’ atau dalam bahasa Melayu, Optimasi Enjin Carian.
Kalau dahulu AJ suka main SEO untuk enjin carian Google.com. Namun kini AJ nak fokus ke dalam pasaran Malaysia sahaja. Jadi, Google.com.my akan diutamakan dahulu.
Nak main SEO ni, 2 elemen penting wajib tahu iaitu:-
- Kata-kunci
- Alamat web
Ya! 2 benda ini sahaja sebagai asas SEO. Halaman web apa nak dilihat pelawat & melalui kata-kunci apa. Hal ini kerana secara asasnya, pelawat akan mencari sesuatu info berdasarkan kata-kunci. Enjin carian pula akan memilih alamat web atau halaman web yang paling releven mengikut analisa enjin carian itu supaya pelawat boleh memperoleh maklumat yang diingini secara tepat & releven.
Terbaru, AJ melakukan SEO untuk menawan kata-kunci ‘Domain Murah‘.
Amat sukar untuk menawan kata-kunci ‘Domain‘ atau 1 patah perkataan kerana persaingan terlampau ‘mengasyikkan’. AJ lebih suka kepada kata-kunci 2-3 patah perkataan kerana biasanya kata-kunci tersebut lebih spesifik & berkualiti pelawatnya. Tambahan pula, ianya secara tidak langsung boleh menawan lagi pelbagai kata-kunci yang berkaitan atau mungkin releven seperti:
- Daftar Domain Murah
- Beli Domain
- Cara Daftar Domain
Dan sebagainya..
STATISTIK KEPUTUSAN ENJIN CARIAN
Kata-Kunci: Domain Murah
Enjin Carian: Google.com.my
Tarikh Terkini: 20 Mei 2013
Salah satu web AJ, PakarNiaga.com telah mencapai top #4 di enjin tersebut. Sebelum ini web AJ top #7. Matlamat AJ adalah untuk mencapai top #1 pada kata-kunci tersebut & boleh terus kekal lebih lama di top ranking. Insyaallah. 
Aktiviti bermain SEO ini telah menelan beribu-ribu jam masa & keringat tanpa membosankan.
AJ yakin, dengan menjadikan ia sebagai hobi, suatu hari nanti ia boleh memberi pulangan yang amat berbaloi-baloi..
Selangkah maju lagi.
Ikhlas,
Amin Johar
Webmaster Pakar Niaga
Sponsor Hari Ini