Pakar Blogwalking
2 Februari 2012 dalam BLOG, PAKAR WIDGET

Salam sejahtera rakan-rakan semua! Wow! kini sudah masuk bulan ke-2 dalam tahun 2012. Februari kini bermula! Bulan ini nak jadi ‘PAKAR‘ apa lah pula ye? Hehehe…
Rakan-rakan yang pernah terlibat dalam urusan rasmi terutamanya berblogging mesti pernah mendengar istilah ‘blogwalking‘.
Dipendekkan cerita.
Blogwalking = Jalan-jalan cari makan blog.
Dimana dalam aktiviti blogwalking ini kita akan menziarahi blog-blog rakan samada untuk bertanyakan khabar, membaca artikel atau informasi terkini ide-ide rakan-rakan kita dan kemudiannya WAJIB meninggalkan jejak agar pemilik blog dapat mengetahui kehadiran kita. Selepas itu, bolehlah pemilik blog tersebut kembali menziarahi semula blog kita semula.
Hal ini merupakan situasi Menang-Menang untuk peluang menjana trafik sesama blogger.
Ketahuilah bahawa….
AJ sangat rindukan aktiviti blogwalking ini. Sudah lebih dari setahun setengah tidak blogwalking. AJ sedang mempersiapkan diri untuk aktif semula! Semangat gilez! Terbakor! AJ nak jadi PAKAR BLOGWALKING! Hahaha perasantan gilez.. ![]()
Bagi rakan-rakan yang telah lama tersinggah di blog AminJohar.com ini, mungkin akan perasan ada 1 widget kecil di sebelah bucu kanan (Ushar ler >>>). Ia adalah widget blogwalking yang akan digunakan untuk anda meninggalkan jejak web anda di situ.
Blogwalking yang AJ gunakan kini tidak lagi menggunakan Shoutmix @ Shoutbox atau yang seumpamanya kerana ia boleh di ‘SPAM’ melalui perisian-perisian ‘HOT’ pakar-pakar hackers… Shoutmix kini kena login ahli baru boleh pakai.. Leceh siot!
Memandangkan Facebook masih tak ramai yang mampu nak hack membuat spamming, AJ memilih aplikasi Facebook untuk dijadikan sebagai alatan senjata perang untuk blogwalking. Ia juga akan bertindak sebagai ‘Viral Marketing’ secara tidak langsung mempromosikan blog ke Facebook! Sungguh menarik & tertarik!
Jom Blogwaking di blog AJ ini! Tinggalkan jejak anda! AJ akan kembali menerjah blog anda semula dengan rakusnya.. ^_^
Artikel selanjutnya nanti AJ akan ceritakan bagaimana untuk mendapatkan widget ini.. Tunggu….
Ikhlas,
Amin Johar (AJ)
P/S: Jangan lupa untuk langgan Feedburner blog AJ ini untuk menjadi komentar terawal artikel akan datang. Nak bagi Secret Gift kepada komentar terawal yang bertuah.
P/P/S: Selain itu boleh juga dapatkan infomasi terkini melalui Facebook Fanpage AJ ini di http://www.facebook.com/aminjohar.community. Silalah ‘LIKE‘ ye… ^_^
P/P/P/S: Nak bersahabat dengan AJ, boleh ‘ADD‘ AJ di http://www.facebook.com/amin.johar atau log masuk Facebook di dalam web ini.. Sungguh mudah! Selamat mencuba.












eyla hamzah said on 13 Disember 2012
salam dari mamaqairachoice…bblog walking kt sini, mencari ilmu ttg b’blog..masih kabur n samar2…harus diterjah lgi utk lebih paham
Amin Johar said on 14 Disember 2012
Waalaikummussalam, & selamat berkenalan @Eyla,
Jom blogwalking sambil menimba ilmu baru..
Ikhlas,
Amin Johar (AJ)
Hakim Mahmud said on 5 Disember 2012
blogwalking adalah salah satu aktiviti yang sangat sihat … ^_^
Amin Johar said on 5 Disember 2012
@Hakim,
Blogwalking adalah aktiviti Menang-Menang sesama blogger. Disamping dapat mengeratkan
silaturrahim sesama blogger. Jom Blogwalking.
Selamat berkenalan @Hakim.
Ikhlas,
Amin Johar (AJ)
Sop said on 24 Oktober 2012
guna komen FB hanya ke link profile FB dulu..

kalau guna SB lain akan terus ke URL blog
Sop recently posted..Pemenang Whatchuwant MTV Pimp My Ride Malaysia Pertama!
Amin Johar said on 26 Oktober 2012
@Sop,
SB memang asalnya bagus. Tetapi telah terdapat banyak perisian yang bertindak melakukan promosi secara automatik (autoblogwalking). Bukan lagi orang sebenar yang melakukan blogwalking. Guna komen FB ini ada banyak reason yang bagus: 1. Tiada autoblogwalking,2. Kurang Spam, 3. Viral, 4. Real people, real time.