Amin Johar http://www.aminjohar.com Hobiku, Perniagaanku Sat, 25 May 2013 01:38:23 +0000 ms-MY hourly 1 http://wordpress.org/?v=3.5.1 Senarai BlogWalkerhttp://www.aminjohar.com/senarai-blogwalker/ http://www.aminjohar.com/senarai-blogwalker/#comments Fri, 24 May 2013 23:48:05 +0000 Amin Johar http://www.aminjohar.com/?p=752

Ini adalah halaman artikel khas untuk rakan-rakan blogwalker yang pernah singgah & meninggalkan komen di blog AJ. Halaman ini dicipta bagi mengeratkan silaturrahim sesama blogwalker, memudahkan AJ untuk melakukan aktiviti blogwalking ke blog rakan-rakan serta memberi kredit atau penghargaan kepada komentar atau blogwalker yang pernah singgah & meninggalkan jejak komentar. Untuk sebarang pertukaran blog sila lah ke Blog Exchange

Halaman ini dikemaskini secara manual ye.. AJ tak ada sistem lagi yang boleh update automatik senarai blogwalking AJ ni.. huhuhu.

Jom Blogwalking!

 

RAKAN BLOGWALKER

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

A

  1. Anakulucheka.com (Auc)

 

B

  1. BloggerNote.org (BloggerNote)
  2. Bau-Ketiak.blogspot.com (Bau Ketiak)
  3. Bukit-Gambang.blogspot.com (Bukit Gambang)

 

C

  1. Cheezemaz.blogspot.com (Cheze Maz)

 

D

  1. Dawaihati.com (DawaiHati)
  2. Denaihati.com (Denaihati)
  3. DanialRazali.com (Danial Razali)

 

E

  1. Earncent.com/blog (Titan)

 

F


 

G


 

H


 

I


 

J


 

K

  1. KerjaKosongTerkini2012.blogspot.com (Farah)

 

L


 

M

  1. Miri4evernet.blogspot.com (Nana)

 

N

  1. Nikkhazami.blogspot.com (Nikkhazami)
  2. Nasoha.com (Nasoha)
  3. NurulAswani.com (Nurul Aswani)

 

O


 

P

  1. http://www.puangojes.blogspot.com/

 

Q


 

R

  1. RaziFredz.1blog.my (Razifredz)

 

S

  1. Siezuka.com (Nurul)
  2. Sop.name.my (Sop)

 

T


 

U

  1. Eiz1004.upprofits.com (UpProfits)

 

V


 

W

  1. WanZawawi.com (Wan Zawawi)
  2. WanWidget.com (Wan Widget)

 

X


 

Y


 

Z


 

0


 

1


 

2


 

3


 

4


 

5


 

6


 

7


 

8


 

9


 

Syarat yang paling simple, komen di mana-mana artikel & blog anda akan disenarai di sini.. 

PERHATIAN!

Senarai ini terhad kepada 100 senarai URL blog sahaja & pautan hanya dihadkan kepada 30 yang terawal & Paling ‘HOT‘ sahaja. Jadi rebutlah sekarang!

 

Ikhlas,

Amin Johar
Webmaster Pakar Niaga

Sponsor Hari Ini

]]>
http://www.aminjohar.com/senarai-blogwalker/feed/ 0
Hobiku, Buang Ralat Bloghttp://www.aminjohar.com/hobiku-buang-ralat-blog/ http://www.aminjohar.com/hobiku-buang-ralat-blog/#comments Fri, 24 May 2013 13:20:23 +0000 Amin Johar http://www.aminjohar.com/?p=742

Buang Ralat Blog

Sistem Penjejak Ralat untuk membuat ralat blog

Hobiku, Buang Ralat Blog. Bermula dari tahun lepas aktiviti berblogging AJ bukanlah untuk memperbanyakkan artikel, sebalik memperbanyakkan ralat di blog. Betul kan?

Mana ada! AJ tak buat pun ralat ni.. Dia mai sendiri……

Macam mana ralat sebegini banyak boleh terjadi?

Web atau blog dengan menggunakan Domain terpakai samada domain tersebut diambil alih dari pemilik asal atau bertukar sistem web atau platform pengurusan kandungan web (CMS) berisiko besar menghadapi masalah ralat web. Ia dikenali sebagai ‘Error 404′. Dalam artikel AJ sebelum ini, Berperang dengan 404 Error, Demi SEO ada dibincangkan semula takrif ralat.

Setelah berbulan-bulan memeram sistem penjejak ralat yang ada di pasang di blog, AJ belek. Tudia.. beratus-ratus ralat.. Weblog AJ ini asalnya dahulu didaftarkan & menggunakan sistem MyPortal. Kemudiannya tak aktif. Domain dilelong lah. Atas kesedaran & keinginan untuk ambil semula domain ini, AJ telah membeli semula dengan tawaran yang agak tinggi.. (melayang duit poket aku..)

Didapati sejak dari awal penggunaan & menggunakan weblog, hampir setiap hari ada sahaja ralat 404. Jumpa ralat, perbaiki, jumpa, perbaiki.. & seterusnya.. Boleh jadi hobi dah sekarang.. ^_^

Implikasi terbesar ralat ni korang nak tau… Jika korang peram atau perbanyakkan ralat, weblog korang sukar dijumpai di enjin carian Google… Beginilah yang terjadi pada weblog AJ ini.. Peratus pelawat tertinggi dari blog AJ ini datangnya dari pelawat yang sesat dari web orang lain. Bukan tersesat dari enjin carian.. 

Carta Pai Statistik Trafik Blog AminJohar.com

Carta Pai Statistik Trafik Blog AminJohar.com

89.7 % Pelawat datangnya dari halaman web rakan-rakan, 8.5% datangnya terus ke blog AJ & dukacitanya kurang dari 2% sahaja dari Enjin Carian… Apa! Jeng3x ~~

T_T Sop ~~ Sop ~~. Kiter sikit main SEO kaw-kaw dok improve SEOkan weblog ini. Tak ada trafik pun mai dari enjin carian… sedeynya… 

Begitulah alkisah ralat 404 & implkasinya.. Insyaallah dari semasa ke semasa walaupun mengambil masa sebanyak mana sekalipun, suatu hari nanti semua ralat 404 ini (ibarat seperti nyamuk di rumah), akan terhapuslah korang semula.. Kalau boleh guna spray nyamuk untuk bunuh korang, dah AJ ‘spray’ 1 rumah blog AJ ni..

 

Ikhlas,

Amin Johar
Webmaster Pakar Niaga

Sponsor Hari Ini

]]>
http://www.aminjohar.com/hobiku-buang-ralat-blog/feed/ 2
Hobiku, Main SEOhttp://www.aminjohar.com/hobiku-main-seo/ http://www.aminjohar.com/hobiku-main-seo/#comments Mon, 20 May 2013 21:07:56 +0000 Amin Johar http://www.aminjohar.com/?p=727

Domain Murah

Domain Murah

Antara hobi kegilaan AJ & paling digemari AJ adalah bermain SEO. Apa itu SEO? Ia singkatan kepada ‘Search Engine Optimization’ atau dalam bahasa Melayu, Optimasi Enjin Carian.

Kalau dahulu AJ suka main SEO untuk enjin carian Google.com. Namun kini AJ nak fokus ke dalam pasaran Malaysia sahaja. Jadi, Google.com.my akan diutamakan dahulu.

Nak main SEO ni, 2 elemen penting wajib tahu iaitu:-

  1. Kata-kunci
  2. Alamat web

Ya! 2 benda ini sahaja sebagai asas SEO. Halaman web apa nak dilihat pelawat & melalui kata-kunci apa. Hal ini kerana secara asasnya, pelawat akan mencari sesuatu info berdasarkan kata-kunci. Enjin carian pula akan memilih alamat web atau halaman web yang paling releven mengikut analisa enjin carian itu supaya pelawat boleh memperoleh maklumat yang diingini secara tepat & releven.

Terbaru, AJ melakukan SEO untuk menawan kata-kunci ‘Domain Murah‘.

Amat sukar untuk menawan kata-kunci ‘Domain‘ atau 1 patah perkataan kerana persaingan terlampau ‘mengasyikkan’. AJ lebih suka kepada kata-kunci 2-3 patah perkataan kerana biasanya kata-kunci tersebut lebih spesifik & berkualiti pelawatnya. Tambahan pula, ianya secara tidak langsung boleh menawan lagi pelbagai kata-kunci yang berkaitan atau mungkin releven seperti:

  • Daftar Domain Murah
  • Beli Domain
  • Cara Daftar Domain

Dan sebagainya..

 

STATISTIK KEPUTUSAN ENJIN CARIAN

Kata-Kunci: Domain Murah
Enjin Carian: Google.com.my
Tarikh Terkini: 20 Mei 2013

Salah satu web AJ, PakarNiaga.com telah mencapai top #4 di enjin tersebut. Sebelum ini web AJ top #7. Matlamat AJ adalah untuk mencapai top #1 pada kata-kunci tersebut & boleh terus kekal lebih lama di top ranking. Insyaallah. :-)

Aktiviti bermain SEO ini telah menelan beribu-ribu jam masa & keringat tanpa membosankan. :-)
AJ yakin, dengan menjadikan ia sebagai hobi, suatu hari nanti ia boleh memberi pulangan yang amat berbaloi-baloi..

 

Selangkah maju lagi.

Ikhlas,

Amin Johar
Webmaster Pakar Niaga

Sponsor Hari Ini

]]>
http://www.aminjohar.com/hobiku-main-seo/feed/ 6
Logo Pakar Niagahttp://www.aminjohar.com/logo-pakar-niaga/ http://www.aminjohar.com/logo-pakar-niaga/#comments Fri, 10 May 2013 11:10:44 +0000 Amin Johar http://www.aminjohar.com/?p=722

Logo Pakar Niaga

Logo Pakar Niaga

Asas terciptanya Logo Pakar Niaga datangnya dari idea melihat gambar seorang bayi bermain komputer & juga namaku Amin Johar & sering dipanggil AJ oleh rakan-rakan online.

Insyaallah logo ini akan digunakan sampai bila-bila kerana dalam perniagaan online ini, kami sudah melalui pengalaman bermula dari ‘zero’ dan bermula semula dari bawah.

Selangkah demi selangkah sehari – ‘A Step A Day to Ahead’

 

Ikhlas,

Pakar Niaga [ PakarNiaga.com ]
http://www.pakarniaga.com/

Sponsor Hari Ini

]]>
http://www.aminjohar.com/logo-pakar-niaga/feed/ 0
Cas Pindahan IBG Dikurangkanhttp://www.aminjohar.com/cas-pindahan-ibg-dikurangkan/ http://www.aminjohar.com/cas-pindahan-ibg-dikurangkan/#comments Sat, 13 Apr 2013 03:00:36 +0000 Amin Johar http://www.aminjohar.com/?p=694

Cas Servis Pindahan IBG CIMB

BERITA BAIK!

Ini mungkin julung-julung kalinya setelah sekian lama menanti. Pada 2 Mei, 2013 ini, semua transaksi melibatkan InterBank Giro (IBG) atau lebih mudah difahami pindahan secara talian dari Bank A ke Bank B akan dikurangkan kepada RM0.10 sahaja. Sila lihat gambar rajah di atas. Nilai harga yang berwarna merah tersebut dari RM0.50 – RM4.00 akan menjadi RM0.10 sahaja.

Suatu berita yang sangat mengujakan. Hal Ini akan merancakkan lagi aktiviti urusan transaksi & jualan secara talian. Ya lah, contohnya nak transfer dari CIMB ke Maybank. Kita ada akaun CIMB. Nak beli barang online, pemilik web pakai Maybank. Membuat pindahan dari akaun CIMB ke Maybank melalui transaksi IBG bank cas RM0.10 sahaja. Murah3x..! Terbaik! ~~

AJ dapat info sebelum ini dari berita di TV3. Cuma tak dapat lebih ‘detail’. Memandangkan AJ pengguna setia CIMB, ada berita terkini. Info yang sangat-sangat berguna.

 

Ikhlas,

Amin Johar

INFO INI BERMANFAAT?
Klik ‘LIKE‘ untuk berkongsi info kepada sanak-saudara & teman-taulan.. Pahala pun dapat.. Alhamdulillah ~~
Semoga Allah S.W.T memberkati sepanjang hayat hidupmu… Amin.

Sponsor Hari Ini

]]>
http://www.aminjohar.com/cas-pindahan-ibg-dikurangkan/feed/ 8
Domain Murahhttp://www.aminjohar.com/domain-murah/ http://www.aminjohar.com/domain-murah/#comments Fri, 12 Apr 2013 01:03:04 +0000 Amin Johar http://www.aminjohar.com/?p=685

Domain Murah

AMIN “Jual domain murah murah. Dari RM33.00/Setahun….”

AMIR “Wei Amin, ‘Domain‘ tu apakebende?”
AMIN “Domain itu alamat web. Contohnya, www.namaanda.com”

AMIR “Nak buat Apa?”

AMIN

  • Boleh beralih dari bloganda.blogspot.com kepada www.BlogAnda.com.
  • Boleh cipta lebih banyak blogbaru.BlogAnda.com tanpa ada lagi identiti blogspot.com – TANPA HAD!
  • Boleh beralih dari EmailAnda@gmail.com kepada NamaAnda@SyarikatAnda.com.
  • Boleh guna lebih banyak email@SyarikatAnda.com TANPA HAD.
    - Admin@SyarikatAnda.com
    - Info@SyarikatAnda.com
    - NamaAnda@SyarikatAnda.com dan sebagainya
     
  • Boleh memanipulasikan email@SyarikatAnda.com dari perniagaan SOHO menjadi seolah olah Organisasi Syarikat besar.”
    - Ali@SyarikatAnda.com
    - Abu@SyarikatAnda.com
    - Kamal@SyarikatAnda.com & seberapa banyak yang awak mahu…
  • Boleh jual dengan harga tinggi apabila nilai rank (PageRank) & trafik organik di Google tinggi.
  • Boleh menjadi aset yang jauh lebih mahal dari tanah.”

AMIR “Bagus ke?”
AMIN “Jika awak ada bisnes, beralihlah dengan memiliki Domain.com kegemaran awak. Bisnes awak akan menjadi lebih berfokus & serius sebaik sahaja awak memilikinya. Orang yang melayari internet lebih senang dipengaruhi & mudah yakin dengan servis/produk awak.”

AMIR “Besok, besoklah baru fikir nak ambil 1.”
AMIN “Jika tunggu esok hari. Awak mungkin akan kehilangannya buat selama-lamanya. Menyesal tak sudah.

Domain adalah Identiti & Jenama syarikat di Internet. & Ia adalah Aset bernilai tanpa had. Ramai mat salleh
di luar sana berebut-rebut untuk memiliki domain yang berkualiti & cantik. Kerana esok hari tidak ada jaminan
ia masih ada lagi. Siapa cepat, dia dapat.”

AMIR “Oyaka? Seperti memiliki nombor plat kereta? nombor cantik, harga pun naik”
AMIN “Ya betul. & Ia jauh lebih bernilai dari nombor plat kereta. Boleh jadi lebih mahal dari rumah, tanah & emas.”

AMIR “Macam mana nak cari nama Domain? Teringin nak ambil 1.”
AMIN “Cari Domain Kegemaran awak & milikinya segera. Jangan tunggu esok. Awak akan menyesal tak sudah..”

Cari Nama Domain di:
http://www.domainmurah.pakarniaga.com/

AMIR “Amin. Nak Domain harga murah boleh?”
AMIN “Boleh. Daftarlah Domain selama 10 tahun. Boleh dapat RM32.00/setahun. Jimat RM1.00 setiap tahun.”

AMIR “Nak murah lagi..?”
AMIN “Boleh.. Daftar dahulu 1 Domain. Nanti aku ceritakan bagaimana nak dapat domain dengan lebih murah lagi. Awak pun boleh buat bisnes Domain macam aku buat lani… Masyukkk”

Sekarang AMIR telah memiliki domain kegemarannya, www.kabinetdapur.net. Perniagaannya sedang meningkat naik & mendapat pelanggan tidak putus-putus setiap bulan hanya kerana Domainnya telah memegang Aset yang bernilai itu. Yakni, kata kunci ‘Kabinet Dapur‘. Alhamdulillah, syukur…

Ikhlas,

Amin Johar
Pakar Niaga [ PakarNiaga.com ]

Klik ‘LIKE‘ untuk berkongsi info kepada sanak-saudara & teman-taulan.. Pahala pun dapat.. Alhamdulillah ~~ | Semoga Allah S.W.T memberkati sepanjang hayat hidupmu… Amin.

Sponsor Hari Ini

]]>
http://www.aminjohar.com/domain-murah/feed/ 0
PAKAR BLOG » Cara-Cara Daftar Masuk (Login) WordPresshttp://www.aminjohar.com/pakar-blog-cara-cara-login-wordpress/ http://www.aminjohar.com/pakar-blog-cara-cara-login-wordpress/#comments Sun, 27 Jan 2013 05:14:43 +0000 Amin Johar http://www.aminjohar.com/?p=666

Cara-Cara Login WordPress

Cara-Cara Login WordPress

 

Hai rakan-rakan semua.. Harap korang semua sihat walafiat selalu.

Harap maaf kerana sejak kebelakangan ini AJ tidak dapat mengemaskini blog AJ ini kerana terlibat secara langsung dalam menguruskan 1 halaman web agensi pelancongan di Bangi, Selangor. Jumlah amaun perkhidmatan yang AJ tawarkan taklah tinggi. Biasa-biasa sahaja sekadar memenuhi kuota 1 bulan, 1 web secara sambilan. Alhamdulillah dapat projek buat web bulan ini. Perlulah dibuat sehabis baik. “Servis Mesti Mantop!

Sebagai persediaan awal halaman web tersebut ingin bertukar tangan kepada pihak syarikat, AJ perlulah memberi sedikit sebanyak bantuan sokongan & tutorial untuk melatih staff yang bakal dipertangungjawabkan menguruskan kandungan halaman web tersebut setelah ia dilancarkan. Almaklumlah nak melatih orang dari asas sehingga menjadi pakar, ia mengambil masa & tenaga yang banyak. Koyak lah  AJ kalau nak berulang-alik dari Alor-Setar ke Bangi. :D

Alternatif terbaik adalah AJ menyediakan tutorial yang mudah-mudah dahulu di blog sendiri di sini. Secara tak langsung, blog AJ pun akan selalu dikemaskini.. :-)

 

CARA-CARA DAFTAR MASUK AKAUN HALAMAN WEB SYARIKAT

Syarikat atau pemilik tunggal yang menggunakan servis membuat web dari AJ, perlu mengetahui yang AJ menyediakan servis web pengurusan kandungan (CMS) melalui platform WordPress. Setiap pemilik web diberi satu akaun yang berpangkat ‘Editor‘ terlebih dahulu, sebelum cekap sepenuhnya untuk beralih kepada pangkat yang paling maksimum iaitu ‘Administrator‘. Jadi asas pertama sekali yang perlu diketahui adalah cara untuk daftar masuk (login) ke panel atau ‘Dashboard’ Admin.

Terdapat 2 cara untuk Daftar Masuk akaun. Boleh layari web salah satu:

  1. http://www.SyarikatAnda.com/wp-admin/    -ATAU-
  2. http://www.SyarikatAnda.com/wp-login.php

NOTA PENTING:

  1. Sila tukarkan www.SyarikatAnda.com kepada Identiti web syarikat masing-masing. Sebagai contoh, rakan-rakan AJ di blog ini boleh akses masuk ke Panel masing-masing melalui http://www.aminjohar.com/wp-admin/ atau http://www.aminjohar.com/wp-login.php
  2. Kebiasaannya dalam servis yang AJ tawarkan, AJ tidak meletakkan pautan admin ini di halaman web atas tujuan keselamatan.
 
Cara-Cara Login WordPress

Cara-Cara Login WordPress

LANGKAH 1
Sila masukkan Nama Pengguna (Username) seperti yang diberikan di E-Mel atau yang didaftarkan.

LANGKAH 2
Sila masukkan Katalaluan (Password) seperti yang diberikan di E-Mel atau yang didaftarkan. 

LANGKAH 3
Seterusnya sila klik Daftar Masuk (Login).

Paparan Panel ‘Dashboard‘ seperti di bawah akan dipaparkan.

Dashboard Blog Aminjohar (Editor)

Dashboard Blog Aminjohar (Editor)

TAHNIAH, Anda telah berjaya daftar masuk ke halaman akaun anda.

Anda juga boleh kembali ke Papan Pemuka (Dashboard) tersebut di panel bar yang terdapat di bahagian atas seperti yang dilampirkan di bawah:-

Panel Bar Dashboard

Panel Bar Dashboard

Tutorial selanjutnya, AJ akan ajarkan sedikit asas-asas untuk mengurus kandungan artikel atau halaman promosi yang ingin dikemaskini atau menambah artikel baru. Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.

 

Ikhlas,

Amin Johar

Sponsor Hari Ini

]]>
http://www.aminjohar.com/pakar-blog-cara-cara-login-wordpress/feed/ 0
Cabaran Tahun Baru 2013http://www.aminjohar.com/cabaran-tahun-2013/ http://www.aminjohar.com/cabaran-tahun-2013/#comments Wed, 09 Jan 2013 00:24:32 +0000 Amin Johar http://www.aminjohar.com/?p=651

Tahun 2013 kini bermula. Cabaran pun sudah bermula seminggu lepas. Bagi AJ tahun ini akan lebih mencabar kerana akan berlaku beberapa perkara penting terutamanya sekali dalam proses menguruskan diri sendiri sebelum beralih untuk menguruskan orang lain (ehem3x…).

Blog AJ ini pun masih belum terurus dengan baik lagi. Kalau sebelum ini target 1 artikel 1 minggu. Sekarang sudah lari. 2 minggu 1 artikel. Aduh!

Tak mengapa, azam mesti kuat. Perlu jadikan aktiviti berkarya di dalam blog sebagai hobi sambilan. Kurangkan tidur (sekarang cukup kuat tidur…. :p)

Dalam aktiviti AJ menguruskan ralat 404 aka Error 404 sebelum ini, alhamdulillah tahun ini menunjukkan pengurangan drastik. Tetapi masih terdapat ralat setiap hari iaitu kurang dari 10 ralat sehari. Namun demikian terdapat ralat pada skrip php pada sistem blog AJ ini yang boleh mengakibatkan server error & website akan menjadi berat atau down seketika. Direkodkan ‘Error Log’ bersaiz lebih 8MB.. Sememangnya banyak ralat sistem pula. Kambus lubang, timbul pula lubang lain. Hehehe

Tahun ini AJ tengok blog Denaihati sedang menjalankan kempen mengundi di MSMW. Sementara menunggu proses penggubalan parlimen & proses pengundian dari SPR bermula, AJ sempat mencuri masa untuk mengundi kepada blog blogger-blogger yang hebat ini. Semoga berjaya lah ye! You are the best!

Hobi tahun ini apa lah pula ye? AJ sedang dok fikir-fikir. Mungkin nak kekalkan lagi hobi & aktiviti yang dibuat tahun lepas & sambung tahun ini.

Tahun ini juga AJ sedang merancang untuk membuat pertandingan aka contest rakan terbanyak di blog AJ ini. Ia lah sistem blog ini kan AJ ciplak nak tiru sikit macam Facebook, boleh ada Wall & profil sendiri. Meluahkan perasaan, bersembang semua di sini. Jemputlah join2x ye.. Sementara nak tunggu kempen dilancarkan, boleh warming up dahulu. Nanti tak lah tercicir semasa kempen bermula.. ^_^

Syarat contest ini mudah aja. Siapa yang sudah mempunyai atau mencapai target jumlah rakan, dia menang dan boleh menebus hadiah. AJ pun masih fikir nak bagi hadiah apa ni. Bajet tak besar sangat cukup lah sekadar yang termampu.

Oklah AJ nak pergi kerja. Selamat bekerja & selamat pulang bekerja. Hidup dalam ‘rat race’ macam ini lah.. ^_^

Sponsor Hari Ini

]]>
http://www.aminjohar.com/cabaran-tahun-2013/feed/ 0
PAKAR BLOG » WordPress 3.50 Siapa Sudah Cuba?http://www.aminjohar.com/pakar-blog-wordpress-3-50-siapa-sudah-cuba/ http://www.aminjohar.com/pakar-blog-wordpress-3-50-siapa-sudah-cuba/#comments Tue, 25 Dec 2012 04:25:58 +0000 Amin Johar http://www.aminjohar.com/?p=566

Wordpress 3.50 - Versi Terkini

WordPress 3.50 – Versi Terkini

Jika awak pengguna sistem Weblog dari WordPress, awak akan perasan 2 minggu lalu ada kemaskini terkini versi weblog 3.5. Sedikit preview tentang WordPress 3.5

Awak dah cuba versi terkini ini?

AJ belum berani lagi nak mencuba versi ini.

Dengar kata ada banyak pembaharuan dan kemaskini pada ‘back end’ atau papan pemuka (dashboard) terutamanya fungsi pada galeri. Memudahkan nak capai gambar-gambar yang telah di muat naik.

Owh, apapun AJ akan mengambil sedikit masa untuk menaiktaraf blog ke versi terkini ini. Beberapa proses yang perlu dibuat sebelum upgrade untuk mengelakkan blog mengalami kegagalan. Biasanya disebabkan Plugins yang telah out date atau tidak sepadan dengan versi terkini.

Kalau awak dah mencuba, kongsi-kongsi lah pengalaman awak di sini ye. :-)

WordPress 3.5 boleh diperoleh di halaman rasmi WordPress.org atau di:
http://wordpress.org/latest.zip 

 

Ikhlas,

Amin Johar (AJ)

Sponsor Hari Ini

]]>
http://www.aminjohar.com/pakar-blog-wordpress-3-50-siapa-sudah-cuba/feed/ 2
Senjata Penjejak Ralat 404http://www.aminjohar.com/senjata-penjejak-ralat-404/ http://www.aminjohar.com/senjata-penjejak-ralat-404/#comments Tue, 18 Dec 2012 14:05:43 +0000 Amin Johar http://www.aminjohar.com/?p=569

Ini merupakan artikel saringan dari artikel Berperang dengan 404 Error, Demi SEO yang telah diterbitkan awal bulan yang lalu. AJ ada menerima beberapa pertanyaan tentang bagaimana nak mengesan ralat 404 & ada yang tak tahu. Mungkin ramai yang tidak ambil peduli atau ambil tahu perihal ini. Di sini AJ sekadar berkongsi kerana ia kini menjadi aktiviti hobi harian AJ.

Bagi AJ, aktiviti mengesan dan memusnah Ralat 404 ini sudah menjadi hobi sampingan di blog selain aktiviti blogwalking membaca & meninggalkan komen di blog rakan-rakan (Macam dah jadi ketagih… gian..). Kata pepatah, ‘Hujan Emas di negeri orang, Hujan Batu di negeri sendiri, Lebih baik di negeri sendiri’. Ia lah blog orang lain canggih-banggih, web kita cap cokia. Tak mengapa. Belajar memperbaiki blog sendiri sedikit demi sedikit. Mana nak tahu suatu hari nanti hujan batu itu boleh bagi duit setiap hari (jual ais ketul buat ABC ke.. Nyum3x… sedap..)

Oklah, berbalik kepada tajuk kali ini, Senjata Penjejak Ralat 404. Salah satu senjata paling utama, PERCUMA & paling mudah untuk menjejaki ralat 404 ini telah disediakan oleh pakcik Google. Pakcik Google baik hati.. bagi senjata ini PERCUMA kat semua webmaster aka pakar web.. Ia dikenali sebagai Webmasters Tools. Kalau awak belum pernah mencuba atau tak mahu menggunakan alatan (tool) ini, awak tergolong di dalam golongan webmaster yang sentiasa dalam kerugian. Ia lah orang bagi pakai FREE, tak mau guna. Senjata paling advance & sangat-sangat berguna dapat membantu kerana ia mengikut nasihat Pakcik Google..

Webmaster Tools boleh diperoleh di: http://www.google.com/webmasters/tools

Semudah akses dengan Google Account sahaja. Bagi yang sudah ada e-mel Gmail, automatik akan miliki Google Account yang mana ia boleh membenarkan mengguna puluhan perkhidmatan ditawarkan selain dari Webmasters Tools ini secara percuma. Dikuasakan oleh Google.

Dengan menggunakan Webmasters Tools yang telah aktif pada blog, mudahlah kita menjejak ralat 404 ini kerana apabila bot Googlebot membuat akses rutinnya, ralat yang berjaya dikesan akan disenaraikan di Webmasters Tools.

Seterusnya tindakan kita sebagai pakar web pada blog masing-masing, perlu lah memperbaiki atau memperbetulkan semula ralat tersebut. Jika awak mengabaikan atau membiarkan lama sangat, lama kelamaan lebih banyak ralat. Secara tak langsung lama kelamaan blog awak juga akan tercicir dari enjin carian berdasarkan suatu-suatu kata-kunci. Hal ini pernah terjadi pada AJ dimana blog AJ pada kata-kunci ‘Amin Johar’ yang menjadi kata-kunci utama (master keyword) pun lesap lenyap tidak wujud di enjin carian.

 

Hasil Carian Google - Kata-kunci Amin Johar

Hasil Carian Google – Kata-kunci ‘Amin Johar’

Alhamdulillah, kini blog AJ telah memegang ranking ke-1 di halaman pertama carian Google.com.my (Tak percaya cubalah buat carian google dengan kata-kunci ‘amin johar’). Berkat kesabaran memperbaiki semula ralat 404. Googlebot yang sebelum ini telah membenci blog AJ kerana menganggap AJ ini Penipu Besar (ia lah lebih dari 243 ralat 404. Ralat 404 ialah penipuan bagi bot). Kini ia dapat dijinakkan semula.. (I love u Googlebot.. come ler.. nak gomol-gomol..)

Cara nak akses ke halaman penjejak ralat 404 di Webmasters Tools mudah aja. Sila ke menu Health > Crawl Error  dan klik pada kotak Not Found. Rujuk lampiran di bawah.

Pautan ke Senjata Penjejak Ralat 404

Pautan ke Senjata Penjejak Ralat 404 – Webmasters Tools

Jika ada nilai ralat ‘Not Found‘, nanti akan disenaraikan semua pautan-pautan (link) ralat yang berjaya dikesan atau dijejak oleh si Googlebot. Jadi apa tunggu lagi? Kali belasahlah Ralat 404 itu! 

Senarai Ralat 404

Senarai Ralat 404 – Webmasters Tools

 

Dalam artikel ini AJ hanya membincangkan salah satu alat senjata yang AJ gunakan bagi menjejak ralat 404 dan seterusnya menggunakan senjata atau alatan lain untuk membasminya. (Ia dipanggil menutup lubang-lubang nikmat jeragat di blog). Nanti AJ ceritakan lagi senjata-senjata lain yang AJ gunakan untuk menjejak dan membasmi ralat 404 ini. Bersambung…

Selamat mencuba dan selamat beramal. Jadikan aktiviti menjejak ralat 404 di blog anda sebagai hobi harian. 

 

Ikhlas,

Amin Johar (AJ)

Sponsor Hari Ini

]]>
http://www.aminjohar.com/senjata-penjejak-ralat-404/feed/ 2